Kuala Lumpur: Beberapa kawasan tertentu di ibu negara menjadi tumpuan warga kota yang enggan ketinggalan memeriahkan sambutan Tahun Baru 2016.

Hujan renyai di beberapa kawasan di ibu kota juga tidak menghalang mereka membanjiri kawasan seperti Menara Berkembar Petronas, Pavilion di Bukit Bintang dan The Curve di Damansara bagi menyaksikan acara yang diadakan termasuk konsert sementara menanti detik 12 tengah malam.

Program keagamaan ‘Kuala Lumpur Berselawat WilayahKu Ceria’ yang berlangsung di Dataran Merdeka pula menarik ribuan umat Islam termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Selain itu, upacara sembahyang untuk mendoakan kesejahteraan negara dan rakyat juga diadakan di beberapa tempat ibadat.

Trafik di ibu negara juga terkawal, kata polis. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 January 2016 @ 12:59 AM
Warga Kuantan menyertai kayuhan basikal Nite Ride anjuran Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) di perkarangan UTC Kuantan. FOTO Zulkepli Osman

Mohd Ariyan Raikal Mohd Rasmir (kanan) dan adiknya, Muhd Firash Arafan (tengah) bersama sepupu mereka, Ahmad Daniyal Haqeem Ahmad Azree melihat susunan lilin  membentuk `Welcome 2016’ di Tanjung Agas, Muar, Johor. FOTO Syarafiq Abd Samad

Frezia Heri, 32, (kiri) dan Fazellah Hamat, 27, (kanan) bersama warga Kuching dengan gaya tersendiri menyambut 2016. FOTO Nadim Bokhari

Suasana sambutan Tahun Baru 2016 di di Kota Kinabalu. FOTO Malai Rosmah Tuah

Lakaran cahaya grafiti membentuk nombor '2016' di Kuantan. FOTO Luqman Hakim Zubir

Suasana orang ramai menyambut Tahun Baru 2016 di Kota Kinabalu. FOTO Malai Rosmah Tuah

Pertunjukan bunga api Seremban, Negeri Sembilan. FOTO Hazreen Mohamad

Pertunjukan bunga api dekat Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur. FOTO Aizuddin Saad

Pertujukkan bunga api di Strait Quay, Jalan Seri Tanjung Pinang, Tanjung Tokong, Pulau Pinang. FOTO Ong