Anggota bomba melakukan kerja memadam bas yang terbakar. - Foto Ihsan Bomba
Anggota bomba melakukan kerja memadam bas yang terbakar. - Foto Ihsan Bomba
Keadaan bas dan Perdua MyVi yang musnah terbakar. - Foto Ihsan Bomba
Keadaan bas dan Perdua MyVi yang musnah terbakar. - Foto Ihsan Bomba
Oleh Mohd Hanafis Abdul


Batu Pahat: Seorang pemandu maut apabila rentung dalam keretanya manakala 21 penumpang bas ekspres cedera selepas kedua-dua kenderaan itu bertembung sebelum terbakar di Kilometer 124.5 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran Yong Peng kira-kira jam 8.50 malam tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng, MohdLazim Abd Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.53 malam.

Menurutnya, setiba di lokasi, pihaknya mendapati bas ekspres dan kereta Perodua MyVi terbakar dengan api sudah merebak hampir keseluruhan kedua-dua kenderaan.

"Penumpang terdiri daripada 14 lelaki dan tujuh perempuan sempat menyelamatkan diri dan hanya cedera ringan.

"Bagaimanapun, lelaki yang memandu Produa MyVi disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Sehingga kini operasi pemadaman masih dijalankan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 31 Disember 2015 @ 11:08 PM