Mayat mangsa yang ditemui orang ramai. FOTO ihsan PDRM
Mayat mangsa yang ditemui orang ramai. FOTO ihsan PDRM
Oleh Mohd Hasbi Sidek

Kuala Lumpur: Lelaki berusia 60 tahun maut selepas dipercayai terjun dari tingkat tiga pangsapuri di Salak Selatan, di sini, petang tadi.

Mangsa dikenali sebagai Chong Yew Ping ditemui terlentang di tingkat bawah pangsapuri itu kira-kira 4 petang oleh orang ramai.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu dan ke lokasi.

"Saksi bebas memaklumkan mangsa terjun dari tingkat dua atau tiga.

"Mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 Disember 2015 @ 7:14 PM