SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar mencemar duli menghadiri majlis pengebumian bekas guru agamanya. FOTO Hairul Anuar Abd Rahim
SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar mencemar duli menghadiri majlis pengebumian bekas guru agamanya. FOTO Hairul Anuar Abd Rahim
AHLI keluarga menabur bunga mawar di pusara Allahyarham Datuk Abdul Kadir Annuar, 82. FOTO Hairul Anuar Abd Rahim
AHLI keluarga menabur bunga mawar di pusara Allahyarham Datuk Abdul Kadir Annuar, 82. FOTO Hairul Anuar Abd Rahim
Oleh Mary Victoria Dass


Johor Bahru: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mencemar duli menghadiri majlis pengebumian bekas guru agamanya, Datuk Abdul Kadir Annuar di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh di sini, hari ini.

Allahyarham Abdul Kadir, 82, menghembuskan nafas terakhirnya 5.10 petang semalam akibat mengalami radang paru paru dan jangkitan kuman dalam darah.

Meskipun hujan renyai, Sultan Ibrahim tetap berkenan mencemar duli menghadiri upacara terbabit.

Sejurus Baginda tiba pada 10.20 pagi, upacara pengebumian bermula dengan bacaan talkin dipimpin oleh Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut.

Terdahulu jenazah Allahyarham Abdul Kadir disembahyangkan di Masjid Tun Hussein Onn, Larkin, di sini.

Allahyarham Abdul Kadir pernah menjadi Exco agama kerajaan negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kempas (1995-1999) dan Ahli Parlimen Pulai (1999-2004).

Beliau turut aktif dalam program kemasyarakatansehinggga akhir hayatnya termasuk menjadi Pengerusi Jawatankuasa Rumah Anak Yatim Barkat Bukit Cagar dan Pengerusi Jawatankuasa Masjid Tun Hussein Onn.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 Disember 2015 @ 2:19 PM