WAJAH riang pelajar PTPL dan MSU yang mengambil bahagian dalam program PTPL Sports Festival 2015.
WAJAH riang pelajar PTPL dan MSU yang mengambil bahagian dalam program PTPL Sports Festival 2015.

Menerusi Unit Pembangunan Pelajar (UPP), Kolej PTPL Shah Alam, menganjurkan PTPL Sports Festival 2015 baru - baru ini.

Seramai 1,062 pelajar dari cawangan Kolej PTPL dan MSU mengambil bahagian dalam 34 acara sukan dan permainan dipertandingkan.

Majlis perasmian disempurnakan Presiden MSU dan Kumpulan Kolej PTPL Professor Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid.

Beliau berkata, festival sukan menjadi platform terbaik membina semangat daya saing dalam kalangan pelajar PTPL dan MSU.

“Penganjuran program ini sebahagian usaha pihak kolej dalam melahirkan graduan cemerlang dalam pelbagai aspek selain membina daya saing tinggi, berketrampilan dan aktif dalam sukan.

“Mempunyai semangat juang dan berani mencuba adalah penting bagi membuktikan pelajar ada keinginan menjadi yang terbaik,” katanya.

Seorang peserta, Nur Amilia Ilyana Ahmad Khairi dari PTPL Ampang, berkata program ini membuka peluang dia dan rakan mengasah bakat dan mempamerkan potensi dalam bidang sukan.

“Ia juga berupaya memupuk semangat kesukanan dalam kalangan pelajar dan mempromosikan amalan gaya hidup sihat,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Disember 2015 @ 5:00 AM