ABDUL Salam (tengah) bersama dua anaknya di hadapan kedai Salam Sajian Seringgit yang terletak di tingkat dua Terminal Bas Tun Sri Lanang dekat Kota Tinggi.
ABDUL Salam (tengah) bersama dua anaknya di hadapan kedai Salam Sajian Seringgit yang terletak di tingkat dua Terminal Bas Tun Sri Lanang dekat Kota Tinggi.
Oleh Omar Ahmad


Kota Tinggi: Siapa sangka bermula dengan RM1, orang ramai boleh menikmati makanan tengah hari yang enak di kedai makan Salam Sajian Seringgit di tingkat dua Terminal Bas Tun Seri Lanang, di sini.

Pemiliknya, Abdul Salam Halem, 52, berkata, idea untuk menjual nasi dan makanan pada harga RM1 itu timbul selepas melihat golongan gelandangan yang susah mendapatkan makanan.

Katanya, pada mulanya, dia dan isteri, Zabariah Ahmad, 46, hanya mahu membantu golongan itu dengan memberikan harga yang mampu dibayar bagi mendapatkan makanan.

Tetapi selepas kedai RM1 miliknya menjadi ‘viral’ di Facebook (FB), ramai yang datang ke kedainya untuk menikmati menu yang disediakan.

“Dengan setiap menu berharga RM1, saya yakin ia mampu dibeli oleh semua golongan termasuk gelandangan, pelajar sekolah dan orang awam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Disember 2015 @ 7:25 AM