Sekitar Operasi Bersepadu IPD Klang Selatan bersama Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Majlis Bandaraya Diraja Klang, Jabatan Pendaftaran Negara dan Pejabat Tanah Klang. FOTO IHSAN POLIS SELATAN
Sekitar Operasi Bersepadu IPD Klang Selatan bersama Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Majlis Bandaraya Diraja Klang, Jabatan Pendaftaran Negara dan Pejabat Tanah Klang. FOTO IHSAN POLIS SELATAN
Ruwaida Md Zain


Shah Alam: Seramai 72 orang pendatang asing tanpa izin (Pati) yang tidak mempunyai dokumen perjalanan sah ditahan dalam satu Operasi Bersepadu di kawasan pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, Operasi Bersepadu yang bermula jam 3.30 pagi itu membabitkan kerjasama IPD Klang Selatan, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Majlis Bandaraya Diraja Klang, Jabatan Pendaftaran Negara dan Pejabat Tanah Klang.

Menurutnya, Operasi Bersepadu dijalankan susulan aduan orang awam serta peningkatan kes jenayah membabitkan warga asing di kawasan itu.

"Kawasan yang menjadi tumpuan semasa operasi adalah Jalan Johan Setia dan Pulau Indah yang memfokuskan kepada pemeriksaan warga asing yang tiada dokumen perjalanan sah.

"Hasil operasi dijalankan, Seramai 317 warga asing terdiri daripada 305 lelaki DNA 112 perempuan dibawa ke IPD Klang Selatan untuk tapisan agensi berkaitan.

"Daripada jumlah itu, seramai 72 orang terdiri daripada 56 lelaki dan 15 perempuan warga Myanmar, Nepal, Indonesia, Pakistan, Bangladesh dan Afrika ditangkap kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Cha berkata, kesemua tangkapan diserahkan kepada JIM untuk tindakan selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Julai 2024 @ 8:42 PM