DR Mohd Sukki Othman
DR Mohd Sukki Othman
Zuhainy Zulkiffli


Georgetown: Rang Undang-Undang Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2024 mampu mengukuhkan lagi institusi fatwa di Malaysia, kata Mufti Pulau Pinang Prof Madya Dr Mohd Sukki Othman.

Beliau berkata, sudah semestinya pelantikan Mufti dan Timbalan Mufti terdiri daripada mereka yang berpegang dengan akidah Ahli Sunah Waljamaah.

"Berpegang kepada akidah Ahli Sunah Waljamaah jelas menolak pandangan ekstrem yang boleh merosakkan umat dan memecah belahkan perpaduan dalam masyarakat.

"Sehubungan itu, saya bersetuju dengan RUU berkenaan kerana ia akan mengukuhkan lagi institusi fatwa di Malaysia," katanya ketika dihubungi.

Isu Berkaitan
  • Tak wajar pertikai, tolak cadangan RUU Mufti Wilayah Persekutuan - Mufti Johor
  • RUU Mufti Wilayah Persekutuan bakal beri penambahbaikan, kecekapan - Mufti Kedah
  • RUU Mufti Wilayah Persekutuan relevan untuk menyatupadukan masyarakat - Mufti Wilayah
  • RUU Mufti Wilayah Persekutuan ruang perkemas tadbir urus hal ehwal Islam - Mufti Perak
  • Umat perlu dukung RUU perkukuh asas Islam - Mufti Pahang
  • Mohd Sukki berkata, disamping itu seseorang mufti¬†juga perlu menguasai ilmu dengan baik, boleh¬†berbahasa Arab dan mempunyai kepakaran dalam tafsir al-Quran.

    "Juga perlu berkebolehan dalam bidang hadis, berpengetahuan mendalam mengenai ilmu fiqh dan lain-lain syarat yang sudah dibincangkan oleh Fuqaha," katanya lagi.

    Pada 2 Julai lalu, RUU Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2024 dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.

    Menerusi rang undang-undang itu, ia juga memperincikan mengenai penubuhan Jawatankuasa Fatwa Wilayah-Wilayah Persekutuan, Jawatankuasa Falak Syarie, Jawatankuasa Rukyah Hilal, Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam dengan dipengerusikan mufti.

    Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Julai 2024 @ 6:13 PM