Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tan Sri Tony Fernandes bersama AirAsia Allstars menerima Anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia di Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax di London pada hari Isnin. Foto - AirAsia
Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tan Sri Tony Fernandes bersama AirAsia Allstars menerima Anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia di Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax di London pada hari Isnin. Foto - AirAsia
Syamirul Hakimi Ismail

London: AirAsia sekali lagi dinobatkan sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia di Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax 2024 untuk tahun ke-15 berturut-turut.

Seperti sedia maklum, AirAsia bermula pada 2001 apabila Tony Fernandes dan Kamarudin Meranun membeli sebuah syarikat penerbangan yang mempunyai hanya dua pesawat dan 200 kakitangan.

Hari ini, AirAsia berkembang menjadi syarikat besar dan mempunyai lebih daripada 200 pesawat serta 21,000 kakitangan merentasi pelbagai negara termasuk Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Kemboja. 

Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tony Fernandes berkata, Skytrax sememangnya terkenal dengan piawaian global bagi kualiti dan kecemerlangan syarikat penerbangan dan mereka teruja kerana mencapai penanda aras ini selama 15 tahun berturut-turut.

"Tiada syarikat lain yang terlintas di fikiran saya yang mencapai pencapaian seperti ini dan kami berasa sangat bangga dengannya. Sememangnya penumpang adalah segalanya dan kami yakin dengan kepercayaan yang ditunjukkan oleh mereka dengan mengundi AirAsia.

"Kami tidak sabar untuk terus melayani berjuta-juta penumpang dengan kualiti yang tinggi pada tambang terbaik," katanya.

Terima kasih AirAsia Allstars, penumpang setia

Komitmen AirAsia meningkatkan pengalaman penumpang disokong standard keselamatan bertaraf dunia dengan penambahbaikan operasi berterusan. 

Selain itu, pengaktifan semula pesawat sedia ada dan penyerahan pesawat baharu dalam beberapa bulan akan datang membolehkan AirAsia meneroka destinasi baharu, berpotensi mengembangkan laluan merentas Afrika dan Eropah.

Menurutnya, anugerah hebat ini adalah penghormatan kepada 21,000 Allstars dan 800 juta penumpang yang sentiasa menyokong mereka walaupun menghadapi pelbagai cabaran selama beberapa tahun kebelakangan ini.

"Kami sedar akan cabaran yang dihadapi ketika terus membangunkan semula syarikat penerbangan ini daripada krisis terburuk dalam sejarah penerbangan, tetapi hari ini kami muncul dengan lebih kukuh. 

"Industri pelancongan kini kembali rancak, tiada batasan untuk terus maju dan kami sedang berusaha keras untuk menjadi lebih besar dan lebih baik daripada sebelumnya.," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Skytrax, Edward Plaisted mengucapkan tahniah kepada AirAsia kerana kekal sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia selama 15 kali berturut-turut, seperti yang diundi oleh pengembara yang mengambil bahagian dalam tinjauan kepuasan penumpang syarikat penerbangan terbesar AirAsia.

Pengiktirafan luar biasa ini adalah penanda aras global bagi kecemerlangan AirAsia dari segi rangkaian perkhidmatan yang konsisten, berkualiti tinggi serta komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam menyediakan perkhidmatan terbaik.

AirAsia tawar diskaun 15 peratus

Bagi meraikan kemenangan ini, AirAsia menawarkan diskaun sebanyak 15 peratus untuk penerbangan ke lebih 130 destinasi menarik seperti Perth, Sydney, Almaty, Beijing, Tokyo, Seoul, Amritsar dan banyak lagi. 

Tempah tiket sehingga 30 Jun 2024 untuk penerbangan mulai 8 Julai hingga 30 November 2024 dan nikmati diskaun hebat ini melalui AirAsia MOVE atau laman sesawang rasmi AirAsia.

Untuk maklumat lanjut boleh klik pautan ini.

*Promosi 15 peratus ini hanya untuk TAMBANG ASAS sahaja tidak termasuk cukai, fi MAVCOM, surcaj bahan api dan yuran lain yang berkaitan. Tertakluk kepada terma dan syarat lain.

 

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Jun 2024 @ 6:52 PM