KANAK-KANAK perempuan warga Myanmar dilaporkan hilang selepas dikatakan melarikan diri bersama teman lelakinya, semalam.
KANAK-KANAK perempuan warga Myanmar dilaporkan hilang selepas dikatakan melarikan diri bersama teman lelakinya, semalam.
Nurul Hidayah Bahaudin


Petaling Jaya: Kanak-kanak perempuan warga Myanmar dilaporkan hilang selepas dikatakan melarikan diri bersama teman lelakinya, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian daripada bapa kanak-kanak terbabit pada 4.30 petang.

"Menurut pengadu, dia menghantar anak perempuannya, Nur Nisa berusia 12 tahun ke sebuah kedai gunting di Taman Megah, di sini.

"Bagaimanapun, kanak-kanak itu bertindak melarikan diri bersama seorang lelaki dipercayai teman lelakinya dengan menaiki kereta," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, ketika kejadian, kanak-kanak itu yang juga pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) memakai baju T dan seluar jeans berwarna biru.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Jun 2024 @ 5:04 PM