PASUKAN penyelamat mengangkat mayat Tan yang ditemui di pantai Koris, Senggarang, pagi ini. FOTO Ihsan APMM
PASUKAN penyelamat mengangkat mayat Tan yang ditemui di pantai Koris, Senggarang, pagi ini. FOTO Ihsan APMM
Alias Abd Rani


Batu Pahat: Satu lagi mangsa tragedi bot nelayan pukat tunda yang karam berdekatan Tanjung Segenting, di sini ditemukan lemas, pagi hari ini.

Mangsa, Tan Hai Lian, 63, ditemukan orang awam terdampar atas batu di pantai Koris, Senggarang, 11.30 pagi.

Mereka kemudian menghubungi pihak berkuasa sebelum membawa mayat ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk tindakan lanjut.

Petang semalam, mayat tekong, Chiah Kah Chong, 53, ditemui ketika operasi mencari dan menyelamat memasuki hari kedua.

Dua lagi nelayan masih hilang dalam kejadian awal pagi Jumaat lalu ialah Lee Poh Ling, 68 dan Raud Darus @ Hamid, 53.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Jun 2024 @ 8:15 PM