MOHAMAD ditemui media ketika keluar dari Kompleks Seri Perdana selepas menghadiri taklimat prapersidangan Dewan Rakyat di Putrajaya. FOTO Mohd Fadli Hamzah
MOHAMAD ditemui media ketika keluar dari Kompleks Seri Perdana selepas menghadiri taklimat prapersidangan Dewan Rakyat di Putrajaya. FOTO Mohd Fadli Hamzah
Fahmy A Rosli


Putrajaya : Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihati semua Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan tidak ponteng sesi sidang Dewan Rakyat yang bermula esok.

Demikian kata Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, yang berkongsi antara amanat disampaikan Perdana Menteri kepada wakil rakyat Kerajaan Perpaduan selepas menghadiri sesi pra majlis sidang Dewan Rakyat di Seri Perdana, di sini, hari ini.

"(Pra mesyuarat petang tadi) Untuk esok pagi permulaan (sidang) Parlimen.

"(Antara amanat Perdana Menteri) Supaya semua hadir Parlimen. Jangan ponteng-ponteng, " katanya ketika ditemui di perkarangan Kompleks Seri Perdana.

Terdahulu, Mohamad yang juga Ahli Parlimen Rembau hadir pra mesyuarat yang bermula kira-kira jam 4 petang dan tamat sekitar jam 6 petang.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Antara Ahli Parlimen yang hadir pra mesyuarat itu adalah Datuk Seri Johari Abdul Ghani (Titiwangsa) merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (Kota Tinggi) yang juga Menteri Pertahanan dan Fahmi Fadzil (Lembah Pantai) selaku Menteri Komunikasi.

Pra mesyuarat itu sempena sesi Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 bermula esok hingga 18 Julai ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Jun 2024 @ 7:05 PM