Mohamad Zahri Samingon bersama Pengarah Urusan (Malaysia&Singapore) Uni-Charm Corporation Sdn Bhd, Toru Fujita bergambar bersama peserta selepas merasmikan program Kolaborasi Uni-Charm Mamypoko bersama MBPJ dalam usaha pencegahan denggi dan gotong royong membersihkan dan menangkap jentik jentik di lokasi panas Pangsapuri Medan 32, Taman Medan. FOTO HAZREEN MOHAMAD

Redzuan Muharam

Petaling Jaya: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sudah mengenalpasti kawasan sesuai bagi membina ruang parkir bertingkat dan mengalukan kesudian pihak yang berminat untuk menjalin kerjasama bagi membangunkan kemudahan itu.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohamad Zahri Samingon berkata, langkah itu adalah usaha MBPJ dalam mendengar keluhan orang ramai dan mengatasi masalah ketiadaan parkir khususnya di kawasan tumpuan.

"Petaling Jaya ada banyak ruangan parkir cuma contohnya jika ada 1,000 parkir, kereta nak masuk pula 3,000.

"Penduduk bandar ini pula 800,000 namun kereta yang masuk mencecah 1.2 juta jadi itu masalahnya.

"Jadi, kita ada terima cadangan pembinaan parkir bertingkat bagi menyelesaikan masalah itu dan pada masa sama akan laksanakan juga penempatan semula gerai di bahu jalan dalam tahun ini," katanya ketika ditemui pemberita pada sidang media selepas menyempurnakan majlis penutup pertandingan mengumpul jentik-jentik dan gotong-royong di Flat Taman Medan 32, di Dewan Serbaguna Jalan Medan 12, PJS 3, Taman Medan, di sini, hari ini.

Program itu adalah anjuran MamyPoko, jenama lampin pakai buang bayi terkemuka di negara ini dengan kerjasama MBPJ.

Mohamad Zahri berkata, kos pembinaan ruang parkir bertingkat itu belum dimuktamadkan kerana pihak berminat perlu mengemukakan kertas cadangan dulu untuk penilaian.

"Tunggu kertas cadangan daripada mereka, pihak berkenaan akan menanggung kos (pembinaan).

"Kalau nak kenakan caj (bayaran) pula kena minta persetujuan MBPJ.

"Begitu juga dengan kebenaran merancang (projek)," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Jun 2024 @ 3:58 PM