MOHAMAD Zahri (dua kanan) bersama  Fujita (tiga kanan) bergambar selepas merasmikan program Kolaborasi Uni-Charm Mamypoko bersama MBPJ dalam usaha pencegahan denggi dan gotong royong membersihkan dan menangkap jentik jentik di lokasi panas. FOTO Hazreen Mohamad
MOHAMAD Zahri (dua kanan) bersama Fujita (tiga kanan) bergambar selepas merasmikan program Kolaborasi Uni-Charm Mamypoko bersama MBPJ dalam usaha pencegahan denggi dan gotong royong membersihkan dan menangkap jentik jentik di lokasi panas. FOTO Hazreen Mohamad
Redzuan Muharam


Petaling Jaya : Menyedari bahaya demam denggi dan peningkatan kawasan pembiakan nyamuk Aedes, jenama lampin pakai buang bayi terkemuka di negara ini, MamyPoko dengan kerjasama Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berganding bahu menganjurkan pertandingan mengumpul jentik-jentik dan gotong royong di Flat Taman Medan 32, dekat sini.

Program itu dianjurkan sempena Hari Denggi ASEAN, Bulan Kesedaran Denggi pada 15 Jun lalu dan Ulang Tahun Bandaraya Petaling Jaya ke-18.

Ia selaras dengan tema sambutan Ulang Tahun Bandaraya Petaling Jaya ke-18.

yang menekankan penjagaan kebersihan dan keselamatan bandar ini.

Pengarah Urusan (Malaysia dan Singapura) Uni-Charm Corporation Sdn Bhd, Toru Fujita berkata, penganjurannya selari dengan kempen #MamyPokoAgainstDengue yang dilancarkan secara aktif tahun lalu bersama-sama pelancaran MamyPoko ANTIMOS Pants iaitu lampin pertama di negara ini yang berkesan menghalau nyamuk sehingga 10 jam malah diuji secara dermatologi dan selamat untuk bayi.

"MamyPoko menganjurkan kempen #MamyPokoAgainstDengue setiap tahun melalui usaha pembersihan, program kesedaran dan pengedaran MamyPoko ANTIMOST Pants kepada komuniti yang layak.

"Kami sedar mengenai peningkatan kes denggi di negara ini dan mahu berusaha mengurangkannya menerusi produk kami.

"Justeru, kami amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan MBPJ tahun ini dan menyumbang untuk memastikan bandar ini bersih dan selamat daripada denggi.

"Tambahan, pejabat kami terletak di bandar ini jadi kami berasa ada tanggungjawab yang tinggi untuk menyumbang kepada kejiranan kami sendiri, di mana kes denggi kekal tinggi," katanya ketika ditemui selepas majlis penutup program di Dewan Serbaguna Jalan Medan 12, PJS 3, Taman Medan, di sini.

Majlis itu disempurnakan Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohamad Zahri Samingon.

Hadir sama, Pengarah Urusan (Malaysia dan Singapura) Uni-Charm Malaysia Trading Sdn Bhd, Eiji Yoshida dan Pengarah Pemasaran (Malaysia dan Singapura) Uni-Charm Malaysia Corporation Sdn Bhd, Makoto Anezaki.

Menurut Fujita, pihaknya juga berharap dapat meneruskan kerjasama dengan MBPJ bagi mewujudkan kesedaran dan menggalakkan masyarakat mengambil langkah berjaga-jaga serta mengambil tindakan sewajarnya bagi mencegah demam denggi.

"Kami sedia meneruskan kerjasama yang ada termasuk dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) di kawasan lain dalam negara ini.

"Ia sebahagian daripada falsafah 'NOLA & DOLA' Uni-Charm (Keperluan Hidup dengan Aktiviti & Impian Hidup dengan Aktiviti).

"Impian kami adalah untuk menyediakan persekitaran bebas denggi tanpa rasa gusar kepada anak kecil kami, dan kami berharap aktiviti hari ini dan pada masa hadapan akan membantu merealisasikannya," katanya.

Pelancaran MamyPoko ANTIMOS Pants didorong oleh peningkatan kes demam denggi di negara ini.

Produk itu dihasilkan dan dibangunkan oleh Uni-Charm R&D Jepun dengan lampin berkenaan memberikan ibu bapa di negara ini cara yang berkesan, selamat dan mudah untuk melindungi bayi mereka daripada gigitan nyamuk.

MamyPoko ANTIMOS Pants menawarkan 10 jam penyerapan melalui Zon Kering Besar+, memastikan bayi kering dan mengelakkan kebocoran.

MamyPoko ANTIMOS Pants juga dihasilkan untuk menyediakan penyelesaian yang selamat dan berkesan untuk keselesaan serta perlindungan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Jun 2024 @ 3:33 PM