WAN Junaidi menerima kunjungan hormat  Anwar (kiri) di Astana Negeri Sarawak hari ini. Turut sama Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (kanan). FOTO Bernama

BERNAMA

Kuching: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Astana Negeri di sini.

Perdana Menteri, yang tiba pada 6.30 petang, mengadakan pertemuan dengan Wan Junaidi selama kira-kira 40 minit.

Beliau juga dijadual menghadiri Majlis Makan Malam Gawai Dayak peringkat negeri Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Anwar berkata kunjungan hormat itu adalah pertemuan rasmi pertama antara mereka sejak Wan Junaidi dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak pada Januari lalu.

"Dalam pertemuan ini, kami berbicara seputar perkembangan terkini negara serta aspek pembangunan di Sarawak, selain isu-isu semasa terkait hal ehwal kebajikan rakyat," katanya.

Turut hadir Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Jun 2024 @ 8:09 PM