GAMBAR Hiasan
GAMBAR Hiasan
Muhaamad Hafis Nawawi


Ampang Jaya: Polis menahan seorang lelaki warga Myanmar, semalam, selepas disyaki merogol isteri kenalannya yang berusia 14 tahun di sebuah rumah di Taman Tasik Permai, di sini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, suspek berusia 20 tahun itu ditangkap pasukan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di Kampung Baru Ampang.

"Siasatan mendapati, kejadian berlaku 26 Mei lalu, kira-kira 3 pagi. Remaja perempuan keturunan Rohingya itu melaporkan, dia diperdaya untuk datang ke rumah terbabit selepas suspek memberitahu bapanya sakit.

"Ketika tiba di rumah itu, suspek menarik tangan dan menutup mulut mangsa dengan menggunakan kain sehingga dia tidak boleh berbuat apa-apa. Suspek lalu bertindak merogol mangsa," katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Beliau berkata, suspek bekerja sebagai tukang besi dan hasil ujian air kencing terhadap suspek dapati negatif dadah.

"Perintah tahanan reman ke atas suspek dibenarkan selama tujuh hari sehingga 28 Jun ini.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Jun 2024 @ 3:41 PM