FOTO HIASAN.
FOTO HIASAN.
Nur Izzati Mohamad


Nibong Tebal: Tiga jalan utama di daerah ini akan ditutup sementara sempena hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Sabtu ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Superintendan Chong Boo Khim, berkata, ia membabitkan Jalan Serindit, Jalan Susur Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) SPS dan Jalan Susur Jabatan Kerja Raya (JKR).

"Hari Penamaan Calon akan diadakan di Dewan Serbaguna Jawi. Bagi melancarkan proses, beberapa jalan utama akan ditutup sementara waktu bermula Jumaat, 11.59 malam hingga Sabtu, 3 petang.

"Orang ramai dinasihatkan supaya merancang perjalanan sebaik mungkin serta mengenalpasti laluan-laluan yang akan ditutup disamping menggunakan laluan alternatif agar tidak terperangkap dalam kesesakan," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Sungai Bakap pada 6 Julai ini.

PRK ini diadakan susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Jun 2024 @ 12:33 PM