Arden Mattson Maturin. FOTO ARKIB NSTP
Arden Mattson Maturin. FOTO ARKIB NSTP
Oleh Ersie Anjumin


Kota Kinabalu: Bekas pemain ragbi Sabah hari ini mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke Mahkamah Tinggi di sini, atas tuduhan membunuh adik perempuannya Mei tahun lalu.

Arden Mattson Maturin, 27, membuat pengakuan itu dan meminta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Zaleha Rose Pandin.

Mengikut pertuduhan, Arden dituduh membunuh adiknya, Audrey Maturin, 24, di rumah mereka di Taman Prestij, Jalan Jalan Signal Hill antara 3.30 petang hingga 4.40 petang pada 4 Mei tahun lalu.

Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) yang boleh dijatuhi hukuman mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Jessica Ombou Kakayun manakala tertuduh diwakili peguam Jul Hamri. Mahkamah menetapkan 11 Julai ini bagi pengurusan kes.

Pada 12 Mei lalu tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini namun tiada pengakuan direkodkan memandangkan kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Pada 13 Jun lalu kes Arden dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Jun 2024 @ 4:01 PM