Tujuh rumah setinggan dan dua rumah kedai hangus terbakar dalam kejadian di Jalan Padu di sini semalam. FOTO Ihsan Bomba
Tujuh rumah setinggan dan dua rumah kedai hangus terbakar dalam kejadian di Jalan Padu di sini semalam. FOTO Ihsan Bomba
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Tujuh rumah setinggan dan dua rumah kedai hangus terbakar dalam kejadian di Jalan Padu di sini semalam.

Komandee Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, L Logeswaran berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kebakaran berkenaan pada jam 8 malam.

"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu dibantu BBP Jalan Tun Razak, BBP Cheras, BBP Jalan Hang tuan dan Pasukan Bomba Sukarela Desa Petaling dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Setiba di lokasi, kebakaran membabitkan tujuh rumah setinggan di mana enam daripadanya musnah 100 peratus dan satu lagi musnah 40 peratus," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, kebakaran turut membabitkan rumah kedai dua tingkat dengan kemusnahan 100 peratus selain tiga kereta dan tiga motosikal musnah.

"Kebakaran dapat dipadam sepenuhnya dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Jun 2024 @ 8:17 AM