EMPAT kedai musnah dalam kebakaran di Bandar Baru Selayang, di sini hari ini. FOTO Ihsan Bomba
EMPAT kedai musnah dalam kebakaran di Bandar Baru Selayang, di sini hari ini. FOTO Ihsan Bomba
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Empat kedai musnah dalam kebakaran di Bandar Baru Selayang, di sini hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 7.54 malam.

"Anggota penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang ke lokasi untuk memadam kebakaran.

"Operasi memadam kebakaran turut dibantu pasukan dari BBP Rawang, Sentul dan Jinjang dengan pasukan pertama dari BBP Selayang tiba di lokasi pada 8.04 malam," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, kebakaran membabitkan deretan kedai bangunan kelas C.

"Kebakaran membabitkan empat kedai berkeluasan 1,000 kaki persegi setiap satu unit kedai.

"Anggota bomba masih di lokasi untuk mengawal kebakaran dan memadamkan api sepenuhnya," katanya.

Katanya, kejadian tidak membabitkan mangsa.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Jun 2024 @ 10:52 PM