DATUK Seri Anwar Ibrahim (kiri) dan Tan Sri Muhyiddin Yassin. FOTO Arkib NSTP
DATUK Seri Anwar Ibrahim (kiri) dan Tan Sri Muhyiddin Yassin. FOTO Arkib NSTP
Essa Abu Yamin


Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka membabitkan dua saman fitnah di Mahkamah Tinggi.

Dalam kenyataan bersama yang dikongsikan dalam Facebook masing-masing berkata, keputusan itu selepas mempertimbangkan kesan saman fitnah kepada umum serta mengambil kira saranan Hakim Mahkamah Tinggi dan keadaan semasa negara yang perlu diutamakan terutamanya soal kelangsungan kehidupan rakyat.

"Kami merakamkan penghargaan kepada Hakim Mahkamah Tinggi dan pegawai-pegawai Mahkamah yang terbabit.

"Kami juga berharap keputusan ini dapat diterima dan dihormati oleh semua pihak," katanya.

Katanya, mereka bersetuju untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan susulan terkait perkara terbabit.

"Kami berharap agar perkara ini tidak dijadikan bahan yang boleh mengganggu gugat kesejahteraan dan kestabilan awam serta keyakinan rakyat kepada Institusi Kehakiman Negara," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Jun 2024 @ 7:09 PM