15 pelajar SBP Integrasi Jempol masih dirawat di Hospital Tunku Ampuan Najihah, Kuala Pilah. FOTO FB HTAN.
15 pelajar SBP Integrasi Jempol masih dirawat di Hospital Tunku Ampuan Najihah, Kuala Pilah. FOTO FB HTAN.
Abnor Hamizam Abd Manap


Jempol: Seramai 15 pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Integrasi Jempol dimasukkan ke Hospital Tunku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah, disyaki mengalami keracunan makanan.

Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan, Datuk Dr Roslan Hussin berkata, pelajar tingkatan satu hingga lima itu dimasukkan ke wad sejak malam tadi.

Katanya, mereka sebelum itu menikmati juadah makan tengah hari di dewan asrama sekolah.

"Keseluruhan 24 pelajar dihantar ke hospital berkenaan bagi mendapatkan rawatan dan selepas itu sembilan pelajar dibenarkan pulang, manakala 20 pelajar lain diberi ubat sahaja.

"Keadaan 15 pelajar yang masih dirawat di hospital adalah stabil," katanya

Roslan berkata, pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) masih menjalankan siasatan punca sebenar kejadian, sebelum tindakan susulan diambil.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Jun 2024 @ 5:21 PM