TULAR video Seorang warga emas wanita berdepan detik cemas selepas kereta yang dinaiki dilarikan di kawasan parkir sebuah stesen minyak di Semambu.
TULAR video Seorang warga emas wanita berdepan detik cemas selepas kereta yang dinaiki dilarikan di kawasan parkir sebuah stesen minyak di Semambu.
Asrol Awang


Kuantan: Lelaki yang melarikan kereta di sebuah stesen minyak di Semambu, di sini, 3 Jun lalu, direman tiga hari lagi sehingga Jumaat ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata reman terhadap lelaki berusia 40 tahun itu bagi meneruskan siasatan.

Katanya, siasatan lanjut ke atas suspek mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

"Reman suspek disambung tiga hari sehingga Jumaat ini selepas tempoh empat hari reman sejak 8 Jun lalu tamat, hari ini," katanya.

Suspek mempunyai rekod lampau membabitkan kes jenayah dan narkotik.

Dalam kejadian jam 3.10 petang, 3 Jun lalu, warga emas berusia 68 tahun berdepan detik cemas selepas seorang lelaki melarikan kereta ketika berada di tempat duduk penumpang hadapan di tempat parkir stesen itu.

Bagaimanapun, wanita itu ditinggalkan kira-kira 400 meter dari stesen minyak itu tanpa kecederaan manakala lelaki terbabit terus melarikan kereta itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Jun 2024 @ 4:40 PM