GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
BERNAMA

Ipoh: Seorang pengarah urusan sebuah syarikat berkaitan hartanah yang ditahan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Selasa lepas dibebaskan hari ini.

Majistret S. Punitha membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan peguam yang mewakili suspek.

Menurut sumber, suspek bebas dengan jaminan RM50,000 beserta dua penjamin dan perlu hadir ke Pejabat SPRM setiap bulan.

Pada Isnin lalu, SPRM menahan suspek ketika hadir memberi keterangan di pejabat agensi itu di sini kerana disyaki memberi rasuah kepada seorang penjawat awam bagi mengubah status Tanah Rizab Melayu seluas 650 hektar.

"Ini menyebabkan Tanah Rizab Melayu tersebut dipecah sempadan dan dipindah milik kepada syarikat serta individu bukan Melayu," katanya.

Berikutan itu, suspek direman empat hari bermula Selasa lalu.

Pengarah Kanan Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Mei 2024 @ 11:17 PM