Seorang penduduk kampung menunjukkan tempat dipercayai lelaki berusia 25 tahun dikhuatiri lemas. Ihsan BBP Bukit Angin
Seorang penduduk kampung menunjukkan tempat dipercayai lelaki berusia 25 tahun dikhuatiri lemas. Ihsan BBP Bukit Angin
Amir Hamzah Nordin

Temerloh: Lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke Sungai Pahang di Kampung Ceruk Puting dekat sini, pagi hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Angin Fairus Anuwar Abdullah berkata, pihaknya yang menerima panggilan mengenai kejadian itu bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Menurutnya, berdasarkan maklumat awal dikatakan lelaki berusia 25 tahun itu terjatuh ke sungai pada 11.35 pagi.

Katanya, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Bukit Angin dan Kuantan turut dipanggil ke lokasi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Mei 2024 @ 4:02 PM