ABDUL Rahman mejunjukkan video kejadian nahas dua helikopter TLDM pada sidang media laporan penuh nahas di KD Sri Gombak, Jalan Padang Tembak. FOTO Aswadi Alias
ABDUL Rahman mejunjukkan video kejadian nahas dua helikopter TLDM pada sidang media laporan penuh nahas di KD Sri Gombak, Jalan Padang Tembak. FOTO Aswadi Alias
Safeek Affendy Razali dan Ilah Hafiz Aziz

Kuala Lumpur: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hari ini mendedahkan video tujuh saat yang memaparkan saat-saat sebelum Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan AS 555 SN bergesel dan terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, 23 April lalu.

Video daripada kamera TLDM itu dikongsi kepada sekumpulan media tempatan yang hadir pada majlis pendedahan laporan akhir Lembaga Siasatan nahas.

Dalam video berkenaan, kelihatan tujuh helikopter yang terbabit dalam Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 menjalankan formasi penerbangan.

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob berkata, video itu memperlihatkan titik impak nahas kedua-dua pesawat itu.

"Pada hari sebenar kita ada tujuh helikopter yang terbabit dalam formasi lintas hormat dan saya ingat semua tahu yang terbabit dalam nahas ialah HOM AW139 dan Fennec.

"Melalui data yang ada boleh lihat anda boleh lihat perbezaan di kedua-dua tepi kiri dan kanan formasi itu," katanya ketika sidang akhbar, hari ini.

Punca utama nahas 2 helikopter TLDM dikenal pasti

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Mei 2024 @ 1:50 PM