Azam Baki memberikan ucapan pada majlis menandatangani Laporan Penambahbaikan Tatakelola Penyelarasan Dan Pengurusan Aset Tenaga Eletrik di Malaysia di Pusat Konvesyen Leo Moggie, TNB. FOTO GENES GULITAH
Azam Baki memberikan ucapan pada majlis menandatangani Laporan Penambahbaikan Tatakelola Penyelarasan Dan Pengurusan Aset Tenaga Eletrik di Malaysia di Pusat Konvesyen Leo Moggie, TNB. FOTO GENES GULITAH
Hazwan Faisal Mohamad dan Ilah Hafiz Aziz


Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih belum menerima notis pengisytiharan harta oleh dua anak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki mengesahkan berlaku perbincangan antara SPRM dan peguam kepada Tan Sri Mohkzani dan Mirzan.

"Tak silap saya belum terima (pengisytiharan harta) tetapi baru-baru ini ada perbincangan antara pegawai penyiasatan dan peguam untuk memperincikan tempoh masa akan bermula notis itu diberikan," katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Menandatangani Laporan Penambahbaikan Tatakelola Penyelarasan dan Pengurusan Aset Tenaga Elektrik Malaysia di sini, hari ini.

Januari lalu, SPRM mengeluarkan perintah notis mengikut Seksyen 36(1)(b) Akta SPRM 2009 terhadap Mirzan dan Mokhzani.

SPRM sebelum itu juga memanggil Mirzan dan Mokhzani untuk membantu siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Mei 2024 @ 3:17 PM