RAKAMAN video memaparkan lelaki bersenjatakan parang yang dikatakan menyamun kedai runcit di Kampung Baru, Kuala Lumpur, yang tular di media sosial.
RAKAMAN video memaparkan lelaki bersenjatakan parang yang dikatakan menyamun kedai runcit di Kampung Baru, Kuala Lumpur, yang tular di media sosial.
Nurul Hidayah Bahaudin


Kuala Lumpur: Polis sedang mengenal pasti lokasi kejadian samun kedai runcit yang didakwa berlaku di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, di sini, yang tular di media sosial, hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya belum menerima laporan berhubung kejadian itu.

"Setakat ini, tiada laporan polis diterima berhubung kejadian itu.

"Kita sedang mengenal pasti lokasi kejadian bagi mendapatkan maklumat lanjut," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Terdahulu, satu hantaran berserta rakaman video berdurasi 48 saat berhubung kejadian itu tular di X, hari ini.

Rakaman video itu memaparkan seorang lelaki bersenjatakan parang mengugut individu di dalam kedai runcit berkenaan supaya tidak membuat laporan polis.

Lelaki terbabit juga dilihat menghayun parang ke arah dua individu yang berada di kaunter pembayaran kedai runcit berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Mei 2024 @ 12:20 PM