SEORANG lelaki dan wanita maut dalam kemalangan sebuah kereta di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi, di sini, hari ini. FOTO ihsan Bomba
SEORANG lelaki dan wanita maut dalam kemalangan sebuah kereta di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi, di sini, hari ini. FOTO ihsan Bomba
Hazira Ahmad Zaidi


Kuala Krai: Dua orang maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi, di sini, hari ini.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Khairul Duha Abd Halim berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung insiden itu pada 3.44 petang dan pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai bergegas ke lokasi.

"Sebaik tiba, didapati terdapat sebuah kereta terbabas dan terbalik, dengan mangsa lelaki tersepit dan berjaya dibawa keluar pada 4.11 petang, manakala seorang lagi mangsa iaitu wanita tercampak keluar dari kereta.

"Kedua-dua mangsa tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan," katanya yang memaklumkan mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 April 2024 @ 6:09 PM