PANGKALAN TLDM Lumut. FOTO L Manimaran
PANGKALAN TLDM Lumut. FOTO L Manimaran
BERNAMA

Kuala Lumpur: Akaun Facebook 503 Squadron dihujani doa dan ucapan takziah kepada keluarga semua mangsa yang terkorban dalam nahas dua helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak awal pagi tadi.

Laman sosial itu tular susulan hantaran yang dimuat naik empat hari lepas memaparkan beberapa gambar Skuadron 503 menghantar dua Pesawat Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) bersama sembilan kru udara dan 11 juruteknik pesawat ke Lumut untuk menyertai Lintas Hormat di KD Pelandok sempena Perbarisan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 pada 27 April ini.

Satu daripada empat gambar yang dimuat naik itu memaparkan lima anggota TLDM melambai rakan mereka yang berlepas ke Lumut dan ia benar-benar menyentuh hati sesiapa yang melihatnya.

Lebih meruntun jiwa, gambar itu diiringi kapsyen "Lambaian penuh makna daripada sebahagian kru yang tinggal, selepas ini mereka mungkin boleh balik awal selalu? Entah, min masih mampu bersangka baik."

Seorang pengguna Facebook, Mohamad Taufik meninggal komen "Lambaian terakhir diorg (mereka). Jatuh beb air mata jantan tengok gambar mereka. Salam takziah dan al-Fatihah buat kru helikopter yang terhempas. Semoga Allah letakkan darjat tertinggi buat semua mangsa."

Syafiq Wahab pula meninggalkan komen "Selamat berehat wahai pejuang negara. Moga Allah ampunkan semua dosa mereka semua dan ditempatkan bersama orang beriman dan dimasukkan ke dalam Syurga Firdaus tanpa hisab dan azab. Rakyat Malaysia mendoakan kesejahteraan buat kalian yang pergi. Terima salute dari kami."

Selain itu Muhd Iqbal memberi reaksi "Allahu. Sayunya hati tengok gambar ini. Tempatkan mereka perajurit negara dalam kalangan orang beriman. Amin Ya Allah," sementara Mart Shap pula berkata "Gugur air mata jantan aku min… hilangnya 10 pahlawan negara serentak."

Seorang lagi pengguna media sosial Ummusa Alawiyah Ahmad turut meninggalkan komen memaklumkan insiden itu mendapat perhatian media antarabangsa. "Sudah masuk berita Jam 6 di Sydney 9News Australia. Allahhummaghfirlahum Warhamhum… Amin daripada kami di perantauan."

Tragedi pada 9.32 pagi itu menyaksikan 10 anggota TLDM termasuk Pegawai Memerintah Skuadron 503 Komander Muhammad Firdaus Ramli disahkan terkorban.

Berita berkaitan

TLDM dedah 10 nama mangsa nahas helikopter

'Abang hubungi ibu, ayah sebelum kejadian berlaku'

'Selepas ini mereka mungkin balik awal selalu' - Skuadron 503

Rakan menangis, sedih terima berita nahas helikopter

Anggota TLDM terbabit nahas helikopter beri bayangan Aidilfitri terakhir

Salah seorang mangsa suami sepupu Eyra Hazali

Bedah siasat di HRPB

Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautika Kuala Lumpur diaktifkan

TERKINI: Semua mangsa helikopter TLDM terhempas dibawa keluar

Helikopter TLDM terlibat dalam tiga kali raptai sebelum terhempas

Agong zahir takziah

Kementerian Pertahanan pertimbang semula penganjuran Sambutan Ulang Tahun TLDM

TLDM tubuh Lembaga Siasatan

Mangsa nahas helikopter TLDM dikenal pasti

2 helikopter dinaiki 10 kru

10 dilaporkan terkorban

Dua helikopter terhempas selepas berlanggar di udara

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 April 2024 @ 8:49 PM