RAJA Zarith Sofiah berkenan menyantuni kanak-kanak sempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pejuang Kanser di MBIP hari ini. FOTO Facebook Rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar/RPO
RAJA Zarith Sofiah berkenan menyantuni kanak-kanak sempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pejuang Kanser di MBIP hari ini. FOTO Facebook Rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar/RPO
BERNAMA

Kuala Lumpur: Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pejuang Kanser bersama lebih 300 pejuang dan ahli keluarga mereka yang berlangsung di Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) hari ini.

Menurut hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, turut berkenan berangkat ke majlis itu adalah anakanda Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim.

Hadir sama, isteri Menteri Besar Johor Datin Sharmin Fazlina Mohd Shukor serta isteri Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Puan Sri Dr Noor Azizah Abdul Latiff.

Raja Permaisuri Agong dan Tunku Tun Aminah turut berkenan mengurniakan sumbangan Hari Raya kepada 50 pejuang kanser sambil beramah mesra.

Majlis anjuran Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (YKTLJ) turut diserikan dengan persembahan Aidilfitri Yayasan Warisan Johor serta nyanyian artis terkenal tanah air Farhan Azizan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 April 2024 @ 7:37 PM