BANGUNAN Penerbangan Awam Malaysia.
BANGUNAN Penerbangan Awam Malaysia.
Raja Noraina Raja Rahim

Kuala Lumpur: Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautika Kuala Lumpur (KLARCC) diaktifkan susulan insiden dua helikopter terhempas yang mengorbankan 10 mangsa di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak, hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Datuk Kapten Norazman Mahmud berkata, pengaktifan KLARCC di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) itu bermula pada 10.20 pagi.

"Ia bertujuan bagi penyelarasan operasi. Siasatan lanjut kemalangan itu akan dijalankan oleh pihak TLDM," katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan dua helikopter dipercayai berlepas dari Sitiawan, Perak pada 9.03 pagi sebelum bertembung di udara.

Pesawat HOM (M503-3) yang membawa tujuh kru terhempas di tangga Stadium TLDM, manakala pesawat Fennec dinaiki tiga kru terhempas di kolam renang Kompleks Sukan TLDM.

Susulan kejadian itu, TLDM dilapor akan menubuhkan lembaga siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 April 2024 @ 2:23 PM