Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Berkelompok Cawangan - Cawangan UMNO Bahagian Hulu Selangor di Dewan Al-Ghazali Maktqb Rendah Sains Mara (MRSM), Kuala Kubu Bahru. FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Berkelompok Cawangan - Cawangan UMNO Bahagian Hulu Selangor di Dewan Al-Ghazali Maktqb Rendah Sains Mara (MRSM), Kuala Kubu Bahru. FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI
Amirul Aiman Hamsuddin

Hulu Selangor: Bekas Bendahari UMNO Selangor, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang meletakkan jawatan pada 1 April lalu diberi amanah mengenai tugas baharu berkaitan politik.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau akan memantau prestasi ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) itu secara dekat.

"Saya bincang dengan Tengku Zafrul ada tugas lain yang saya berikan kepada beliau untuk menyusun strategi dan melakukan sesuatu dari segi politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).

"Tugas itu beliau dan saya tahu. Insya-Allah saya akan pantau prestasinya dan yakin beliau boleh melakukannya," katanya, hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan mesyuarat kelompok cawangan-cawangan UMNO Bahagian Hulu Selangor dan jamuan Aidilfitri di Dewan Al-Ghazali, Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuala Kubu Bharu, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai keputusan Tengku Zafrul meletakkan jawatan, Ahmad Zahid berkata beliau dan parti menghormati keputusan Ketua UMNO Bahagian Kota Raja itu.

"Tak apa (sudah selesai). Saya sudah jumpa beliau dengan Datuk Megat Zulkarnain Omardin (Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor)," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 April 2024 @ 11:05 PM