Seorang pemuda dari Gua Musang,  Kelantan maut dalam perjalanan  ke rumah tunangnya apabila motosikalnya bertembung dengan lori di Kilometer 9, Jalan Benta - Jerantut. Gambar Ihsan Pembaca
Seorang pemuda dari Gua Musang, Kelantan maut dalam perjalanan ke rumah tunangnya apabila motosikalnya bertembung dengan lori di Kilometer 9, Jalan Benta - Jerantut. Gambar Ihsan Pembaca
RoselanAb Malek

Lipis: Hasrat seorang pemuda dari Gua Musang,Kelantan untuk berjumpa dengan tunangnya di Kampung Batu Balai Jerantut tidak kesampaian apabila dia maut dalam perjalanan.

Mangsa Ahmad Solihin Fazuni, 21, meninggal ditempat kejadian, apabila motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 9, Jalan Benta - Jerantut pada kira kira jam satu tengahari hari ini.

Ketua Polis Daerah Lipis, Supritenden Ismail Man berkata

mangsa yang bekerja sebagai pembancuh kopi dalam perjalanan dari Kota Bharu untuk pulang ke tempat kerja di Setapak, Kuala Lumpur.

Katanya, dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dia mahu singgah ke rumah tunang di Kampung Batu Balai, Jerantut untuk makan .

"Hasil siasatan awal mendapati pemandu lori itu seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun datang dari arah Jengka 6, Maran untuk ke Gua Musang, bagi menghantar muatan tandan sawit.

"Apabila sampai di tempat kejadian, semasa melalui jalan berselekoh, motosikal mangsa bertembung dengan lori dari arah bertentangan.

"Akibat. kemalangan itu, penunggang motosikal meninggal di tempat kejadian," katanya.

Kes disiasat di bawah Akta Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan ( APJ) 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 April 2024 @ 9:23 PM