WAKIL Malaysia dari Jabatan Mineral dan Geosains menang pingat emas.
WAKIL Malaysia dari Jabatan Mineral dan Geosains menang pingat emas.

Kuala Lumpur: Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia menang satu pingat emas dan Anugerah Khas Juri di Pameran Rekacipta Antarabangsa Geneva ke-49 di Palexpo, Geneva, Switzerland, hari ini.

Projek inovasi ini juga diiktiraf Taiwan Invention Association (TIA) dengan meraih Anugerah Khas (berpotensi untuk meningkatkan kehidupan manusia). 

Teknologi rekacipta yang dibentangkan oleh Dr Rohaya Othman dan Dr Emee Marina Salleh itu berteraskan teknologi penghasilan Kalsium Karbonat Termendak (PCC) dengan mengitar semula sisa kapur karbida dari industri asetilena. 

Melalui pemineralan semula ini, PCC digunakan sebagai bahan pengisi lestari yang 'versatile' dalam pelbagai produk komersial.

Penyertaan peserta Malaysia ke acara yang bermula Rabu lalu hingga esok ini diuruskan Dr Wan Manshol W Zin dari Wan Global Invention & Innovation Enterprise. 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 April 2024 @ 7:45 PM