KEADAAN kereta selepas seorang lelaki dipercayai terjatuh dari apartmen di Taman Sri Murni. FOTO Ihsan Penduduk
KEADAAN kereta selepas seorang lelaki dipercayai terjatuh dari apartmen di Taman Sri Murni. FOTO Ihsan Penduduk
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil

Kuala Lumpur: Bunyi dentuman kuat jam 4 pagi menggemparkan penduduk disusuli penemuan mayat seorang lelaki di sebuah apartmen di Taman Sri Murni, di sini hari ini.

Difahamkan, lelaki terbabit ditemui di kawasan parkir selepas dipercayai terjatuh dari tingkat atas lalu mengenai kereta milik penduduk yang diletakkan di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata pihaknya menerima laporan jam 4.10 pagi tadi.

"Kejadian berlaku di kawasan pentadbiran Balai Polis Jinjang di sini membabitkan seorang lelaki warganegara India berusia 48 tahun.

"Hasil siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah membabitkan kematian mangsa terbabit ," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa yang merupakan seorang peniaga disahkan mati di lokasi kejadian dan siasatan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 April 2024 @ 7:18 PM