TANGKAP layar rakaman CCTV yang tular wanita menyimbah air panas terhadap lelaki OKU. FOTO Ihsan Pembaca.
TANGKAP layar rakaman CCTV yang tular wanita menyimbah air panas terhadap lelaki OKU. FOTO Ihsan Pembaca.
Zuhainy Zulkiffli


Balik Pulau: Pembantu jualan direman empat hari bagi membantu siasatan kes simbah air panas terhadap lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) di Jalan Rajawali I-Park, di sini.

Perintah reman terhadap wanita berusia 39 tahun itu bermula hari ini hingga Rabu, dikeluarkan Majistret Chia Huey Ting.

Suspek disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Media melaporkan lelaki OKU Sindrom Down berusia 33 tahun melecur di bahagian depan dan belakang badan akibat disimbah dengan air panas oleh jirannya pada 9.20 pagi semalam.

Mangsa kini dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan berada dalam keadaan stabil, malah kejadian turut tular di media sosial.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 April 2024 @ 11:59 AM