Mayat mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap di bilik sebuah bangunan di Pekan Keningau.
Mayat mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap di bilik sebuah bangunan di Pekan Keningau.
Juwan Riduan


Keningau: Bomba menemukan mayat seorang lelaki yang mula membengkak selepas membuka bilik berkunci di bangunan Appolo Aqurium di sini, pagi tadi.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung khidmat khas itu pada jam 8.31 pagi.

Katanya, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Emanuel Aloysius tiba di lokasi tidak lama kemudian.

"Sebaik tiba di lokasi mendapati pintu bilik terkunci seterusnya dengan menggunakan peralatan khas, pintu bilik berkenaan berjaya dibuka.

"Anggota menemukan mayat seorang lelaki berusia lingkungan 30 tahun yang sudah mula membengkak di dalam bilik itu," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada jam 10.52 pagi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 April 2024 @ 2:48 PM