- Foto hiasan
- Foto hiasan
BERNAMA

Balik Pulau: Seorang penunggang motosikal maut selepas tercampak kira-kira 30 meter dari Jejantas Sungai Tiram, Jalan Sultan Azlan Shah di Bayan Lepas di sini, semalam.

Jurucakap polis berkata dalam kejadian pada 4.10 petang, mangsa lelaki berusia 27 tahun yang menunggang sendirian itu sedang dalam perjalanan dari Bayan Baru ke rumahnya di Bayan Lepas.

"Apabila tiba di jejantas itu, motosikal mangsa telah hilang kawalan sebelum bergesel dengan penghadang jalan dan tercampak ke bawah jejantas.

"Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan sebelum dilaporkan meninggal dunia pada jam 9.45 malam," katanya ketika dihubungi hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya Deputi Superintendan Jafri Md Zain ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 April 2024 @ 2:16 PM