TANGKAP layar video tular menunjukkan keluarga Melayu meraikan tetamu jiran India ketika Aidilfitri baru-baru ini.
TANGKAP layar video tular menunjukkan keluarga Melayu meraikan tetamu jiran India ketika Aidilfitri baru-baru ini.
Amir Abd Hamid


Kuala Lumpur: Tular di TikTok seorang wanita warga emas fasih bercakap bahasa Tamil ketika bersembang dengan sekeluarga berbangsa India yang bertandang ke rumahnya pada sambutan Aidilfitri baru-baru ini.

Video berdurasi 33 saat itu dikongsikan seorang pengguna TikTok, Juliana Pija yang dipercayai anak wanita warga emas itu ketika menerima tetamu berkenaan di rumah mereka di Kampung Kayu Ara Damansara, dekat sini.

Video berkenaan sudah berlegar di media sosial empat hari lalu sudah mendapat 1,585 perkongsian dan meraih 1.3 juta tontonan serta lebih 68,000 tanda suka.

"Mak happy (gembira) anak jiran India datang raya. Terus mak cakap Tamil," menurut keterangan dalam video itu.

Sementara itu, tinjauan ke ruangan komen mendapati kebanyakan netizen memuji tindakan keluarga berkenaan.

Effendy Mohamad Alia berkata, "Sama macam mak aku...kalau jiran dan kawan Tamil dia datang... riuh cakap Tamil".

Sementara itu, satu lagi komen dengan nama akaun bertulisan Tamil berkata dia merindui jiran-jirannya Melayu di Kampung Perangsang Permai setiap kali raya kerana dapat makan lemang dan rendang percuma sepanjang musim perayaan Aidilfitri.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 April 2024 @ 9:01 PM