ANGGOTA bomba membantu mengeluarkan mangsa kemalangan membabitkan sebuah MPV dan lori simen di Jalan Stumbin, Sri Aman, hari ini. FOTO Ihsan JBPM
ANGGOTA bomba membantu mengeluarkan mangsa kemalangan membabitkan sebuah MPV dan lori simen di Jalan Stumbin, Sri Aman, hari ini. FOTO Ihsan JBPM
Mohd Roji Kawi


Kuching: Sepasang adik beradik maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan kenderaan pelbagai guna (MPV) dengan lori simen di Jalan Stumbin, Sri Aman, hari ini.

Mangsa, Joll Mohamad, 56 dan kakaknya, Latifah Mohamad, 62, meninggal dunia di tempat kejadian.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, seorang lagi wanita yang juga penumpang MPV cedera dikejarkan ke Hospital Sri Aman.

Beliau berkata, pemandu lori simen, Wanlie Baro, 43, yang tersepit di dalam kenderaannya yang terbabas ke dalam parit pula hanya cedera ringan.

"Bomba menerima panggilan pada jam 1.27 tengah hari dan tujuh anggota dari Balai Bba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman diarah ke lokasi yang terletak 32 kilometer dari balai.

"Setibanya di lokasi kejadian didapati sebuah lori simen dan sebuah Proton Exora bertembung," katanya.

Menurutnya, mayat kedua-dua mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 April 2024 @ 7:54 PM