TANGKAP layar video tular didakwa membabitkan PMU Malim Jaya.
TANGKAP layar video tular didakwa membabitkan PMU Malim Jaya.
Meor Riduwan Meor Ahmad


Melaka: Tular di media sosial video kejadian Pencawang Masuk Utama (PMU) Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Malim Jaya, dekat sini, terbakar, hari ini.

Rakaman berdurasi tiga saat itu menunjukkan api menjulang tinggi di PMU berkenaan yang dipercayai dirakam pengguna jalan raya yang melalui jalan berhampiran tempat kejadian.

Sementara itu, menerusi catatan ringkas di Facebook rasmi TNB Careline, mengesahkan kebakaran di PMU Malim Jaya bermula 5.16 petang.

"Untuk makluman, kebakaran sudah padam pada 5.40 petang dan siasatan akan dijalankan setelah semua keadaan disahkan selamat.

"Bagaimanapun, tiada kawasan yang terputus bekalan elektrik akibat kebakaran ini dan TNB sentiasa mengambil langkah-langkah bagi memastikan bekalan elektrik terjamin," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 April 2024 @ 9:22 PM