DATUK Fisol Salleh. FOTO Bernama
DATUK Fisol Salleh. FOTO Bernama
Zuliaty Zulkiffli


Sungai Petani: Lapan kes kemalangan maut dilaporkan berlaku di negeri ini sepanjang tempoh Op Selamat sempena Hari Raya Aidilfitri ini.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, sikap memandu secara melulu dikenal pasti antara punca utama kemalangan jalan raya yang berlaku selain kecuaian.

Beliau berkata, pengguna jalan raya perlu bekerjasama dengan agensi penguat kuasa dengan mengambil serius langkah keselamatan jalan raya bagi mengelak kemalangan maut di jalan raya.

"Agensi penguatkuasaan undang-undang sudah pun melaksanakan tanggungjawab mereka, namun jika pemandu kurang kesedaran untuk mengutamakan keselamatan jalan raya, kemalangan akan berlaku.

"Statistik mendapati lebih 1.2 juta kenderaan memasuki Kedah pada Aidilfitri lalu.

"Jika pemandu ini secara amnya tidak mempunyai kesabaran yang sewajarnya, kemungkinan berlaku kemalangan meningkat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda di sini hari ini.

Fisol juga berkata, kes kemalangan jalan raya tahun ini adalah 651 kes meningkat 42 kes berbanding tahun lalu.

"Walaupun terdapat sedikit penurunan dalam kemalangan maut sewaktu Ops Selamat tahun ini, secara keseluruhannya, sepanjang tahun, kemalangan jalan raya semakin meningkat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 April 2024 @ 8:16 PM