ANWAR menziarahi sahabat lamanya, Syed Ibrahim di hospital. FOTO FB Anwar Ibrahim
ANWAR menziarahi sahabat lamanya, Syed Ibrahim di hospital. FOTO FB Anwar Ibrahim
BERNAMA

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menziarahi sahabat lama yang juga bekas Bendahari Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Syed Ibrahim Syed Abdul Rahman di hospital.

Menerusi catatan di laman Facebook, Anwar menzahirkan rasa syukur dan gembira melihat Syed Ibrahim dalam keadaan baik.

"Sempat bicara panjang dengan beliau dan keluarga, terutamanya kenangan ketika bersama-sama dalam gerakan belia Islam dan aktivisme suatu ketika dahulu.

"Mendoakan saudara Syed Ibrahim segera sembuh dan dikurniakan keafiatan berpanjangan, Insya-Allah," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 April 2024 @ 5:04 PM