GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Zatul Iffah Zolkiply


Kuala Terengganu: Polis mempertingkatkan pemantauan dan sekatan jalan raya (SJR) terutama di pintu sempadan negeri itu dalam usaha mengekang kegiatan jenayah dan aktiviti penyeludupan sepanjang musim perayaan ini.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, pemantauan dan rondaan turut dilakukan di laluan-laluan tikus bagi memerangi kegiatan berkenaan.

Beliau berkata, pelaksanaan itu bagi membanteras dan menyekatkes penyeludupan termasuk dadah, rokok, pelacuran serta pemerdagangan orang dan penyeludupan migran.

"Kita tidak mahu aktiviti jenayah dan bahan terlarang masuk ke negeri ini, jadi kita akan tingkatkan risikan dan pemantauan.

"Mereka (penyeludup) ini akan mengambil kesempatan untuk melakukan aktiviti berkenaan terutama pada musim perayaan, jadi pemantauan secara berterusan akan dilakukan dari masa ke semasa," katanya.

Mazli berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan jalan-jalan di Terengganu juga digunakan untuk membawa masuk barang-barang penyeludupan khususnya dari negara jiran.

Katanya, tujuh SJR secara bergerak dilaksanakan setiap hari di seluruh Terengganu.

"Kewujudan SJR itu secaratidak lansung dapat melambatkanserta menyekat laluan mereka ini untukke negeri lain," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 April 2024 @ 10:48 AM