TANGKAP layar video menunjukkan kanak-kanak ditemukan berseorangan diri di Larkin. FOTO Ihsan Pembaca
TANGKAP layar video menunjukkan kanak-kanak ditemukan berseorangan diri di Larkin. FOTO Ihsan Pembaca
Mary Victoria Dass


Johor Bahru: Polis Johor tidak mengenalpasti sebarang unsur penderaan pada seorang kanak-kanak lelaki yang ditemukan berseorangan di bandar raya ini hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, siasatan mendapati kanak-kanak itu berjalan berseorangan diri tanpa memaklumkan kepada ibunya yang masih menjalani tempoh berpantang selepas 11 hari melahirkan anak ketiga.

Beliau berkata, manakala bapa kanak-kanak lelaki yang berusia 11 tahun itu bekerja di Singapura.

Menurutnya, hasil pemeriksaan fizikal mendapati tubuh kanak-kanak itu tidak memiliki sebarang tanda kecederaan atau penderaan dan tidak berlaku unsur pengabaian oleh penjaga.

Katanya, kanak-kanak itu dipercayai keluar rumah untuk bersiar-siar.

"Kanak-kanak itu diserahkan kepada ibu bapanya selepas dokumen dokumentasi selesai dijalankan.

"Pihak polis mengucapkan terima kasih atas keprihatinan masyarakat hingga kanak-kanak itu ditemukan dalam keadaan selamat serta diserahkan kepada ibu bapa," katanya dalam kenyataan hari ini.

.

Terdahulu, menerusi video yang tular, kanak-kanak lelaki itu yang ditemukan orang awam tinggal bergelandangan di Larkin.

Mengikut video yang tular di aplikasi WhatsApp, kanak-kanak itu ditemukan dalam keadaan tidak terurus termasuk menggunakan pakaian koyak serta didakwa memiliki kesan lebam.

Malah individu yang merakam video berkenaan juga menyatakan kanak-kanak itu didakwa gagal berkongsi sebarang maklumat berkaitan ibu bapanya mahupun keluarganya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 April 2024 @ 10:12 PM