SULTAN Ibrahim berkenan menerima menghadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki di Istana Negara. FOTO Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
SULTAN Ibrahim berkenan menerima menghadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki di Istana Negara. FOTO Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
BERNAMA

Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini, sekali lagi menegaskan bahawa memerangi ancaman rasuah sebagai musuh nombor satu negara adalah antara tumpuan utama dalam pemerintahan Seri Paduka Baginda.

Menerusi catatan di laman Facebook, Sultan Ibrahim membangkitkan perkara itu ketika berkenan menerima menghadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki di Istana Negara hari ini.

"Sebagaimana saya tegaskan sebelum ini, 'My honeymoon is over, now go catch the bees'," titah Seri Paduka Baginda, yang turut menyerahkan madu kepada Azam sebagai simbolik berakhirnya tempoh 'bulan madu'.

Pada sesi pertemuan selama hampir 30 minit itu, Sultan Ibrahim turut dipersembahkan antara lain berkaitan perkembangan terkini agensi penguatkuasaan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 April 2024 @ 3:36 PM