Dr Muhamad Akmal Saleh
Dr Muhamad Akmal Saleh
Mohd Nasaruddin Parzi


Kuala Lumpur: Pemuda Umno mengecam insiden membaling bom petrol ke sebuah kedai serbaneka KK Super Mart di Jalan Bruseh, Bidor, Perak, semalam.

Ketuanya Dr Akmal Saleh berkata, pihaknya menyerahkan kepada polis untuk menyiasat dan seterusnya mengenakan tindakan keras kepada pihak terbabit.

"Kita mengecam sekeras-kerasnya isu insiden melampau yang membaling bom petrol ke KK Mart dan ugutan bunuh terhadap saya.

"Walaupun diugut bunuh, pendirian saya dan seluruh umat Islam Malaysia tidak akan berganjak untuk kita teruskan kempen #boikotkkmart ini agar menjadi pengajaran keras untuk semua tidak memperlekehkan agama Islam di bumi ini.

"Untuk meredakan keadaan, kita serahkan kepada pihak polis untuk menyiasat dan seterusnya dikenakan tindakan yang sekerasnya untuk mereka ini. Terus boikot," katanya dalam kenyataan di Facebooknya, hari ini.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri dalam kenyataannya sebelum ini berkata, siasatan awal polis mendapati bom petrol yang dilempar ke sebuah kedai serbaneka dipercayai dilakukan oleh seorang lelaki yang menaiki kereta, awal pagi semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Mac 2024 @ 11:53 AM