Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menyampaikan ucapan pada Majlis Temu Mesra Bersama Calon-Calon Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2023 di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), hari ini. FOTO BERNAMA

Norzamira Che Noh

Klang: Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengambil tindakan terhadap guru wanita yang didakwa menjalinkan hubungan dengan pelajarnya yang berusia 17 tahun sekiranya tuduhan itu benar.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata tindakan akan diambil selepas siasatan polis selesai.

Menurutnya, buat masa ini guru berkenaan tidak dibenarkan berurusan dengan mana-mana murid sehingga siasatan selesai.

"Setakat ini ia menjadi kes di peringkat siasatan polis, sekali lagi saya tegaskan selepas siasatan dan tindakan diambil, guru ini tidak boleh lagi ada sebarang urusan atau kaitan dengan pelajar itu dan kita akan perhatikan sehingga prosedur (siasatan) selesai.

"(Tindakan) bergantung kepada siasatan. Manakala pelajar berkenaan wajar diberikan sokongan psikososial dan perlindungan sepenuhnya sebagaimana garis panduan KPM," katanya.

Terdahulu beliau menghadiri Majlis Temu Mesra bersama calon-calon peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), dekat sini, hari ini.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek (tengah) bergambar bersama calon-calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) selepas menyampaikan sijil keputusan pada Majlis Temu Mesra Bersama Calon-Calon Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2023 di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), hari ini. FOTO BERNAMA

Semalam media melaporkan, polis mengesahkan menerima laporan daripada keluarga remaja lelaki berusia 17 tahun yang didakwa menjalinkan hubungan dengan gurunya.

Dalam pada itu, Fadhlina sekali lagi menegaskan bahawa sekolah yang terbabit dalam cuaca panas melampau untuk mematuhi garis panduan yang ditetapkan KPM.

"Kita sudah ada garis panduan dan sentiasa bersama Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Sekolah perlu patuh pada garis panduan bagi memastikan kesejahteraan serta keselamatan anak terjaga," katanya.

Berita berkaitan:

Guru wanita itu ada suami dan anak, mesti dicegah 'bercinta' dengan pelajar - PIBGN

Polis siasat guru wanita 'bercinta' dengan pelajar

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Mac 2024 @ 1:37 PM