GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO Bernama
GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO Bernama
Ercy Gracella Ajos


Kuala Lumpur: Perlis kekal merekodkan status cuaca panas Tahap Dua (gelombang haba), hari ini.

Perkara itu dimaklumkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan di laman web rasminya, sebentar tadi.

Katanya, Status Cuaca Panas Tahap Dua atau gelombang haba dikeluarkan bagi suhu maksimum harian 37 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

"Sementara itu, 17 kawasan di Semenanjung mencatatkan status cuaca panas Tahap Satu atau berjaga-jaga termasuk Pulau Langkawi, Kota Setar, Pendang, Kuala Muda, Kulim, Kubang Pasu, Padang Terap, Pokok Sena dan Sik di Kedah; Timur Laut dan Seberang Prai Utara di Pulau Pinang; serta Kuala Kangsar, Kinta, dan Hulu Perak di Perak.

"Selain itu, Sepang di Selangor dan Batu Pahat di Johor turut merekodkan status cuaca panas tahap satu," katanya.

Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, orang awam boleh merujuk https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Mac 2024 @ 5:51 PM